Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Daftar Semula Orang Yang Disahtaraf (Seksyen 17)

Penerangan Pemohon

Pemohonan pendaftaran semula kelahiran bagi kanak-kanak yang tercatat Seksyen 13 dalam Sijil Kelahiran (Bukan Islam) setelah mendapat Perintah Kesahtarafan oleh Mahkamah Tinggi.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan Daftar Semula Orang Yang Disahtaraf boleh dibuat oleh Ibu atau bapa kanak-kanak.

Prosedur Permohonan

Pendaftaran sah taraf boleh dibuat di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
2. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
3. Kad Pengenalan kanak-kanak (asal dan salinan) – jika ada.
4. Sijil Kelahiran adik-beradik (asal dan salinan) – jika ada.
5. Kad pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
6. Dokumen Perkahwinan ibubapa (asal dan salinan).
7. Perintah Mahkamah bahawa kanak-kanak telah disahtarafkan (asal dan salinan).
8. Borang Maklumat Keluarga BMK81 (asal).

Bayaran

Tidak dikenakan fi jika permohonan pendaftaran dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa.

Fi permohonan RM 50.00 dikenakan jika permohonan pendaftaran dibuat selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa.

Borang

JPN.LM01-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati
BMK81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: