Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak tepat atau tidak diperolehi. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan kesilapan fakta tersebut.
|
Permohonan pembetulan maklumat boleh dibuat oleh individu seperti berikut: 1. Pemilik Sijil Kelahiran. 2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak. 3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM). |
Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
|
i. Borang JPN.LM21 (asal). ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal). iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan). iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal). v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81) (asal). vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – (asal dan salinan). vii. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (asal dan salinan)- jika ada. viii. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan salinan) – jika bekaitan. ix. Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan salinan) - jika berkaitan. x. Surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN (asal dan salinan) - jika berkaitan. xi. Surat keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan – jika berkaitan. xii. Laporan Perubatan dan Laporan Jawatankuasa Teknikal Perubahan Jantina dari Hospital Kerajaan (asal dan salinan) – jika berkaitan. xiii. Perintah Mahkamah (asal dan salinan) – jika ada. |
Fi permohonan RM50.00
|
JPN. LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran Borang AM 80 - Borang Akuan Borang BMK81 – Borang Maklumat Keluarga
|
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan