Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Cabutan Sijil Kematian (Sarawak)

Penerangan Permohonan

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan. Permohonan cabutan sijil kematian ini boleh dibuat di JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

Syarat Permohonan

Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa si mati ;
  2. Suami atau isteri si mati ;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kematian;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kematian;
  5. Firma Guaman;
  6. Badan Berkanun;
  7. Agensi kerajaan.
Dokumen Yang DiPerlukan (asal dan salinan)

 

  1. KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 4
    • Borang X1 yang lengkap;
    • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
    • Salinan sijil kematian si mati  (sekiranya ada).

  2. KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 5
    • Borang X1 yang lengkap;
    • Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
    • Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
    • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (salinan);
    • Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

  3. KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6 DAN 7
    • Borang X1 yang lengkap;
    • Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
    • Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
Bayaran

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

Borang
  1. Borang XI 
  2. (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: