Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(2) Dalam Sijil Kematian Bagi Kesilapan Perkeranian

Penerangan Permohonan

Permohonan untuk membetulkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kematian. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Syarat Permohonan

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;
Dokumen Yang DiPerlukan
  1. Borang JPN.LM21 dan JPN.LM22 yang lengkap;
  2. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan);
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  4. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
  5. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  6. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
Bayaran
  1. Tiada Bayaran Dikenakan
  2. Bayaran cabutan Sijil Kematian RM5.00
Borang
  1. JPN.LM21 - Borang Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran Dan Kematian.
  2. JPN.LM22 - Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta Dalam Daftar Kelahiran/Kematian 
    (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076