PERMOHONAN SEBAGAI PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN DI GEREJA / KUIL / PERSATUAN AGAMA DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164]
Permohonan pelantikan ini adalah bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil Dan Persatuan Agama yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi mengupacarakan dan mendaftarkan perkahwinan mengikut agama, adat atau kelaziman di Gereja / Kuil / Persatuan Agama selaras dengan Seksyen 24, Akta 164.
Permohonan pelantikan ini adalah secara sukarela.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk permohonan ini.
Permohonan hendaklah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil dan Persatuan Agama yang mengendalikan hal ehwal agama atau adat kaum tertentu yang disokong oleh Pengerusi / Setiausaha Gereja, Kuil dan Persatuan berkenaan.
Persatuan perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Berumur 21 tahun dan tidak melebihi umur 70 tahun.
Kelayakan akademik minimum MCE/SPM/SPVM/SAP dan lulus Bahasa Malaysia.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.