Bagi mereka yang hendak mendapatkan cabutan atau salinan yang sah ke atas Borang Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh dibuat dalam bentuk satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.
Mengisi Borang N dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan.
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.