FAQ
Contact Us
Complaints
Sitemap

PERMOHONAN SEBAGAI PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN DI GEREJA / KUIL / PERSATUAN AGAMA DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164] (2)

PENERANGAN AM
  1. Permohonan pelantikan ini adalah bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil Dan Persatuan Agama yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi mengupacarakan dan mendaftarkan perkahwinan mengikut agama, adat atau kelaziman di Gereja / Kuil / Persatuan Agama selaras dengan Seksyen 24, Akta 164.
  2. Permohonan pelantikan ini adalah secara sukarela.
  3. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk permohonan ini.
SYARAT-SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Permohonan hendaklah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil dan Persatuan Agama yang mengendalikan hal ehwal agama atau adat kaum tertentu yang disokong oleh Pengerusi / Setiausaha Gereja, Kuil dan Persatuan berkenaan.
  2. Persatuan perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Berumur 21 tahun dan tidak melebihi umur 70 tahun. 
  4. Kelayakan akademik minimum MCE/SPM/SPVM/SAP dan lulus Bahasa Malaysia. 
  5. Bukan seorang Pesuruhjaya Sumpah.
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
  1. Borang Permohonan Pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan (JPN.KC16). 
  2. Empat (4) keping gambar terkini pemohon berukuran pasport berlatar belakang biru / putih. 
  3. Salinan MyKad pemohon. 
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan bagi Persatuan. 
  5. Salinan dokumen bukti kelulusan pindaan nama, alamat dan Perlembagaan bagi Persatuan (jika berkaitan). 
  6. Salinan Perlembagaan Persatuan. 
  7. Senarai Ahli Jawatankuasa Gereja / Kuil / Persatuan Agama yang terkini. 
  8. Salinan Penyata Kewangan Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini untuk Persatuan sahaja.
  9.  

    Penting:

    Semua salinan fotostat dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pendaftar Perkahwinan / Timbalan Pendaftar di JPN.

BAYARAN

Tiada Bayaran

BORANG

JPN.KC16

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

RECOGNITION AND CERTIFICATION


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Copyright 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Last Updated: