Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan (MyKad/MyTentera Atau MyPR/MyKAS)

Penjelasan Permohonan

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Syarat Permohonan
  1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau
  2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.
Prosedur Permohonan
  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  2. Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.
Dokumen Sokongan (asal dan salinan)
  1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau
  2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau
  3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
  4. Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

 

Bayaran/Fi

Makluman: Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

Warganegara. 
Bayaran Hilang bagi MyKad atau MyTentera Sahaja.
Jadual Pembayaran 4A

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 10.00 100.00 110.00
Kali Kedua 10.00 300.00 310.00
Kali Ketiga dan seterusnya 10.00 1,000.00 1,010.00

Bukan Warganegara.
Bayaran Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.
Jadual Pembayaran 4B

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 40.00 100.00 140.00
Kali Kedua 40.00 300.00 340.00
Kali Ketiga dan seterusnya 40.00 1,000.00 1,040.00

Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: