Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau
Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066 (bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)
Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
Dokumen Sokongan
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.