Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Cabutan Sijil Kelahiran

Penerangan Pemohon

Permohonan untuk mendapatkan salinan Sijil Kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan kelahiran ini boleh dibuat di Pejabat JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

Kelayakan Permohonan
  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  • Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  • Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  • Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  • Firma Guaman;
  • Badan Berkanun;
  • Agensi kerajaan.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan
KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5
1.Borang X yang lengkap;
2.Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
3.Salinan sijil kelahiran pemilik daftar (sekiranya ada).

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6
1.Borang X yang lengkap;
2.Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
3.Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
4.Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
5.Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
 
KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8
1.Borang X yang lengkap;
2.Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
3.Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
Bayaran

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

Borang

Borang X - Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: