Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 13 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Di Bawah Satu (1) Tahun

  • Home
  • Perkhidmatan
  • Kelahiran
  • Sarawak
  • Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 13 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Di Bawah Satu (1) Tahun
Penerangan Pemohon

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku.

Kelayakan Permohonan

Permohonan Pembetulan Maklumat seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan (Asal Dan Salinan)

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang Form VIl dan Borang X yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK 81A;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak; (asal dan salinan);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan)
  • Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
  • Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
  • Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
Bayaran
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
Borang

 Borang X  - Permohonan Carian/Cabutan

 Borang BMK-81 - Borang Maklumat Keluarga

 Borang BMK-81A  - Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076