Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25 (2) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian

  • Home
  • Perkhidmatan
  • Kelahiran
  • Sarawak
  • Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25 (2) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian
Penerangan Pemohon

Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan JPN yang melibatkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kelahiran.

Kelayakan Permohonan

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25(2) boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
Dokumen Yang Diperlukan (Asal Dan Salinan)

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang X dan Borang VII yang lengkap;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
  • Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan  salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );

DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal  dan salinan);
Bayaran
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00.
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00.
Borang

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076