Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Pendaftaran Biasa Kelahiran Mati

Penerangan Permohonan

Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.Seksyen 14(a) dan (b), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).

Prosedur Permohonan

Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan

Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah
Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
Sijil Perkahwinan ibu bapa

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan.

Borang

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: