Permohonan untuk mendapatkan carian / cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.
Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
|
Pemohon dikehendaki hadir di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Negeri sahaja.
A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 7
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kelahiran (asal).
• Surat lantikan daripada anak guam (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).
C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kelahiran (asal).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).
Bayaran permohonan RM2.00
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan