Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Pendaftaran Kelahiran Semasa Menunaikan Haji

Penerangan Pemohon

Setiap kelahiran yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kelahiran atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kelahiran. Walau bagaimanapun, kelulusan hanya dibuat oleh Pendaftar Besar Ibu Pejabat JPN.[Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152].

Prosedur Permohonan

Pemohonan pendaftaran kelahiran Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH1 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan
  1. Dokumen Bukti Kelahiran
  2. Dokumen Pengenalan diri Ibu Bapa
  3. Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
Bayaran

Tiada bayaran dikenakan.

Borang

JPN.LMH1 - Daftar Kelahiran di Hedjaz

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: