Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Pendaftaran Lewat Kelahiran

Penerangan Pemohon

Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia didaftarkan selepas tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Syarat Permohonan

Permohonan pendaftaran lewat kelahiran hendaklah terdiri daripada kategori individu seperti berikut:

  1. Ibu dan bapa kanak-kanak.
  2. Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur penganjur adalah 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
  3. Dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur setiap penganjur adalah 18 tahun dan ke atas dan perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).

JIKA PERMOHONAN MELALUI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT:

  1. Seorang (1) penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang (1) individu yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (jika kanak-kanak dijumpai terdedah).
Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
  1. Keputusan Carian JPN.LM12 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah) (asal dan salinan).
  2. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
  3. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Bidan / Doktor bagi kelahiran di rumah (asal).
  4. Laporan Polis jika kelahiran berlaku di rumah dan ibubapa kandung kanak-kanak tidak dapat dikesan (asal).

 DOKUMEN KANAK-KANAK

  1. 1 keping gambar penuh terkini kanak-kanak berukuran 4R.
  2. 1 keping gambar terkini kanak-kanak berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
  3. Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-kanak (asal dan salinan).
  4. Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan beserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah yang diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (asal dan salinan).
  5. Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku – bagi kelahiran berlaku di rumah (asal).

 DOKUMEN IBU DAN BAPA

  1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian (asal dan salinan).
  2. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan).
  3. 1 keping gambar terkini ibu dan bapa berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
  4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan).

DOKUMEN ADIK BERADIK

  1. Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (salinan).
  2. 1 keping gambar terkini adik-beradik berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A (asal).

 DOKUMEN PENGANJUR

  1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
  2. Borang Akuan AM 80 bagi penganjur yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak (asal).

 DOKUMEN SAKSI

  1. Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
  2. Surat Akuan Saksi yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak – jika kelahiran berlaku di rumah (asal).

 DOKUMEN TAMBAHAN

  1. Surat Akuan (SA81) (asal).
  2. Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon).

 ANAK DIJUMPAI TERDEDAH (ANAK ANGKAT / ANAK JAGAAN)

  1. Laporan Polis – sekiranya ibu kandung tidak dapat dikesan (asal dan salinan).
  2. Hak Penjagaan Sementara Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) –jika ada (asal dan salinan).
  3. Perintah Mahkamah Juvana – jika berkaitan (asal dan salinan).

 

Bayaran

Fi Permohonan: RM 50.00

Borang

JPN.LM12 - Permohonan Carian/Cabutan

JPN.LM01 - Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

BORANG AM 80

BMK 81 - BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE) - JPN PUTRAJAYA

BMK 81A - BORANG SENARAI GAMBAR (SEPARATE PAGE) - JPN PUTRAJAYA

JPN.LM27 - BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN - Surat Akuan Berkanun

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076