Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Daftar Semula Kelahiran (Hilang Atau Musnah) Seksyen 4A

Penerangan Pemohon

Pemohonan pendaftaran yang dibuat semula kerana daftar atau rekod kelahiran individu tidak dapat dikesan akibat hilang atau musnah dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan Daftar Semula Kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Ibu atau bapa kanak-kanak.
2. Pemilik sijil kelahiran sekiranya telah memiliki kad pengenalan.

Prosedur Permohonan

Permohonan boleh dibuat di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

1. Keputusan Carian JPN.LM14 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah) (asal dan salinan).
2. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
3. Sijil Kelahiran (asal dan salinan) – jika ada.
4. Kad Pengenalan pemilik Sijil Kelahiran (asal dan salinan) – jika ada.
5. Borang Maklumat Keluarga BMK81 (asal).
6. Cabutan Daftar Sekolah (asal dan salinan) – jika ada.

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan.

Borang

JPN.LM01 - Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

BMK 81 - Borang Maklumat Keluarga

 

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: