Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.
Permohonan pengubahan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.
2. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
Fi permohonan RM5.00