Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan “TANPA NAMA” bagi kanak-kanak berumur satu (1) tahun dan tidak melebihi 21 tahun.
Permohonan kemasukan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
1. Pemilik Sijil Kelahiran
2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.
3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
Fi permohonan RM50.00