Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25(2) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Perkeranian (Sarawak)

Penerangan Permohonan

Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan JPN yang melibatkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kelahiran.

Syarat Permohonan

Permohonan pembetulan maklumat seksyen 25(2) boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;
Dokumen Yang DiPerlukan (asal dan salinan)
  1. Borang X1 dan JPN.LM21 yang lengkap;
  2. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan );
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan  salinan);
  4. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan  salinan );
  5. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  6. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
Bayaran
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM10.00.
Borang
  1. Borang X1 dan JPN.LM21
    (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076