Permohonan untuk membetulkan kesilapan atau memasukkan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi.
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa si mati, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa si mati dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
Borang X1 dan JPN.LM21(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.