TINDAKAN AGENSI PENGESAH KEMATIAN (HOSPITAL, PDRM & DBKL) Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;
Mengesah dan mengeluarkan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7 hari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMAKLUM ATAU WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN
Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN
Ibu atau bapa si mati;
Suami atau isteri si mati;
Anak-anak si mati;
Adik-beradik kandung si mati
Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).
Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN
Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN
Ibu atau bapa si mati;
Suami atau isteri si mati;
Anak-anak si mati;
Adik-beradik kandung si mati
Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).
JPN.LM02 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.