Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Pengangkatan Melalui Perintah Mahkamah Di Semenanjung Malaysia

Penjelasan Permohonan

Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan melalui perintah mahkamah perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman. Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya sahaja. Perintah Pengangkatan ini dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Pengangkatan ini terpakai bagi orang bukan beragama Islam sahaja.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan pendaftaran pengangkatan melalui perintah mahkamah kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut;

1. Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal;
2. Firma Guaman atau wakil Firma Guaman.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
  1. Borang Permohonan JPN.AA04 (BORANG HENDAKLAH DITANDATANGANI DAN DICOP OLEH PEGUAM YANG DILANTIK DI RUANGAN AKUAN PEMOHON)
  2. Surat Litup Asal daripada Mahkamah Sesyen / Tinggi / Majistret.
  3. Perintah Asal dan Jadual Seksyen 25(2).
  4. Sijil Kelahiran Asal yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Akta 299) dan MyKid kanak-kanak (jika ada).
  5. Salinan fotostat Kad Pengenalan / Pasport dan Visa ibu bapa angkat (yang masih sah laku) (YANG TELAH DISAHKAN OLEH PEGUAM YANG DILANTIK)
  6. Sijil perkahwinan yang berdaftar secara perundangan Malaysia, asal dan Salinan. (YANG TELAH DISAHKAN OLEH PEGUAM YANG DILANTIK)
  7. Borang BMK 81A Senarai Gambar Bapa Angkat, Ibu Angkat dan Kanak-kanak (Ukuran Pasport serta Gambar Keluarga ukuran 4R-Berwarna & Terkini)
  8. Salinan fotostat Kad Pengenalan peguam yang dilantik. (YANG TELAH DISAHKAN OLEH PEGUAM YANG DILANTIK.
  9. Surat Litup Rasmi daripada Firma Guaman yang dilantik. Surat wakil kuasa oleh firma guaman berserta salinan kad pengenalan wakil (jika diuruskan oleh wakil).
  10. Sila sertakan Sijil Amalan Guaman yang masih sah laku (asal dan salinan)
  11. Sila sertakan bayaran proses sebanyak RM 5.00 (Kiriman Wang/ Cek/ E-Payment) (Bayaran tanpa tunai) (Kiriman Wang/ Cek hendaklah dimasukkan atas nama JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA).

 

 

Bayaran

RM5.00

Borang Permohonan

Borang JPN.AA04

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: