Permohonan pindaan dalam daftar pengangkatan (de facto) dibuat sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang bercanggah dengan fakta sebenar pemilik Daftar Pengangkatan. Permohonan pindaan dalam Daftar pengangkatan di bawah Seksyen 13(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) boleh dikemukakan di mana-mana JPN.
Permohonan pindaan dalam daftar pengangkatan (de facto) boleh dibuat oleh individu berikut:
1. Ibu dan bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal; dan
2. Pemilik Daftar Pengangkatan.
Borang JPN.AA03 yang telah lengkap diisi;
• Kad Pengenalan atau pasport pemohon (asal dan salinan);
• Daftar Pengangkatan (AM233) (asal atau cabutan )
• satu (1) salinan Daftar Pengangkatan); dan
• Akuan Berkanun SA81.
RM10.00
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan