Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Carian Dan Cabutan Daftar Pengangkatan (De-Facto)

Penjelasan Permohonan

 

Carian daftar pengangkatan dibuat bagi menyemak sama ada sesuatu pengangkatan telah didaftarkan atau belum di JPN. Cabutan daftar pengangkatan de facto dibuat jika berlaku kehilangan atau kerosakan atau gantian Daftar Pengangkatan tersebut. Permohonan Carian dan Cabutan Daftar Pengangkatan  de facto hendaklah dikemukakan di mana-mana pejabat JPN yang mengeluarkan daftar atau Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan carian daftar pengangkatan boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Pemilik daftar pengangkatan (jika telah memiliki kad pengenalan);
2. Ibu atau bapa angkat;
3. Adik-beradik angkat;
4. Firma Guaman yang dilantik oleh keluarga angkat

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

Borang Permohonan Carian atau Cabutan Daftar Pengangkatan JPN.AA02;

Kad Pengenalan atau pasport pemohon (asal dan salinan);

Sekiranya permohonan dikemukakan oleh Firma Guaman, salinan Kad Pengenalan atau pasport anak guam, surat lantikan asal dan salinan Kad Pengenalan wakil hendaklah disertakan.

Daftar Pengangkatan (AM233) (asal atau salinan) bagi permohonan gantian sahaja.

Bayaran

RM5.00

Borang

Borang JPN.AA02 

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: