Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PENDAFTARAN SEMULA PERKAHWINAN LUAR NEGARA DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164] BAGI PASANGAN BUKAN ISLAM YANG TELAH DIDAFTARKAN SEBELUM ATAU SELEPAS 1.3.1982.

PENERANGAN AM
  1. Warganegara Malaysia yang telah mendaftarkan perkahwinan dibawah Undang-Undang negara asing wajib mendaftarkan semula perkahwinan di bawah Seksyen 31 dan kegagalan berbuat demikian tindakan perundangan boleh diambil di bawah Seksyen 35, Akta 164. Pasangan dikehendaki hadir di kaunter JPN atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perkahwinan didaftarkan di luar negara.

    “Jika seseorang dikehendaki oleh seksyen 31 supaya hadir dihadapan seorang pendaftar dan ianya tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka ia boleh apabila di sabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya”.

  2. Pendaftaran semula ini terpakai bagi Warganegara Malaysia atau salah seorang Warganegara Malaysia sahaja.

  3. Permohonan Pendaftaran Semula Perkahwinan yang dikemukakan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran PENALTI.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Pendaftaran Perkahwinan (JPN.KC06) yang lengkap.
  2. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia). 
  3. Pasport
    a) Warganegara Malaysia
         i) Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan dan tarikh keluar dari negara di mana perkahwinan didaftarkan.
        ii)Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen Malaysia diperlukan sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia.

    b) Warganegara Asing
         i) Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia.
        ii)Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia.
  4. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan.
  5. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport bagi setiap pemohon (latar belakang Biru atau Putih).
  6. Sijil perkahwinan luar Negara (ASAL dan salinan).
  7. Sijil perkahwinan dari Negara India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar atau mana-mana negara lain yang difikirkan perlu. Sijil Perkahwinan tersebut perlu disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon atau kedutaan negara pemohon di Malaysia, dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (KLN) di Wisma Putra, Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
  8. Sijil perkahwinan (ASAL) dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
  9. Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan).
  10. Warganegara / Bukan Warganegara:
    - Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
    - Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
  11. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari Kerajaan Negara Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan, Bangladesh atau Negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan. Jika selain negara-negara di atas, JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima.
  12. Semua dokumen asal yang BUKAN dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah. Penterjemah perlu menurunkan tandatangan, cop jawatan dan maklumat lain jika perlu.
  13. Bagi terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah bertauliah di Malaysia seperti di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM), dokumen tersebut tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya / Kota Kinabalu / Kuching. JPN juga berhak untuk meminta apa jua pengesahan yang diperlukan sebelum permohonan boleh diterima.
  14. Terjemahan yang di buat di kedutaan pemohon di Malaysia atau penterjemah bertauliah di luar negara perlu mendapatkan pengesahan oleh samaada Kedutaan Malaysia di negara tersebut atau Kedutaan negara pemohon di Malaysia dan disahkan kembali oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya / Kota Kinabalu / Kuching.
  15. Walau bagaimana pun pihak JPN berhak untuk menetapkan apa-apa pertimbangan dan keputusan berdasarkan situasi yang difikirkan perlu.
BAYARAN

RM20.00

PENALTI PENDAFTARAN LEWAT

Bagi pendaftaran lewat melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan diluar Malaysia penalti adalah:

 

  1. RM100.00 bagi tahun pertama.

 

  1. RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.
BORANG

JPN.KC06

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: