Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PENDAFTARAN SEMULA PERKAHWINAN BAGI PASANGAN BUKAN ISLAM YANG TELAH BERKAHWIN MENGIKUT SESUATU UNDANG-UNDANG, AGAMA, ADAT, ATAU KELAZIMAN SEBELUM 1.3.1982 DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164].

PENERANGAN AM
    1. Warganegara Malaysia bukan Islam yang ingin mendaftarkan perkahwinan secara sukarela dimana perkahwinan itu yang terdahulunya telah diupacarakan di bawah undang-undang atau agama atau adat atau kelaziman sebelum 01 Mac 1982 boleh didaftarkan di bawah seksyen 33 Akta 164.

     

    “Walau apa pun peruntukan seksyen 4, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum tarikh yang telah ditetapkan boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada seseorang pendaftar dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan”.

     

    1. Pendaftaran semula ini hanya terpakai bagi Warganegara Malaysia sahaja.

     

    1. Pendaftaran ini adalah secara sukarela dan pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN semasa permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang Pendaftaran Perkahwinan (JPN.KC06) yang lengkap.

  1. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia).
  2. Pasport / MyPR / MyKAS (Warganegara Asing).
  3. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan.
  4. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport bagi setiap pemohon (latar belakang Biru atau Putih).
  5. Bukti Perkahwinan seperti berikut :
  6. Sijil perkahwinan, jika ada (ASAL dan salinan).
  7. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman lengkap bertarikh, jika ada.
  • Sijil Kelahiran anak, jika ada.
  1. Kad Jemputan Perkahwinan lengkap bertarikh.
  2. Bukti lain yang berkaitan, jika ada.

 

  1. Warganegara / Bukan Warganegara:

            - Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika berkaitan (ASAL dan salinan).

            - Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).

  1. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari Kerajaan Negara Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan, Bangladesh atau Negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan.

            Jika selain negara-negara di atas, JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima.

  1. Walau bagaimana pun pihak JPN berhak untuk menetapkan apa-apa pertimbangan berdasarkan situasi yang difikirkan perlu.
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
  1. Borang JPN.KC06 perlu dilengkapkan.
  2. MyKad.
  3. Jika perkahwinan  diupacarakan di luar Malaysia, bukti dokumen dan dokumen perjalanan perlu dikemukakan iaitu pasport ASAL Warganegara Malaysia dan warganegara asing serta salinan-salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia, dan maklumat tarikh masuk serta keluar  dari negara berkenaan semasa perkahwinan itu didaftarkan.
  4. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
  5. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat
  6. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).
  7. Kad jemputan perkahwinan (jika ada).
  8. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)
  9. Semua dokumen, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.
BAYARAN

RM 20.00

BORANG

Borang Pendaftaran Perkahwinan JPNKC02, JPN.KC06, JPNKC08, JPNKC04, JPNKC01F, dan JPNKC16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: