Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PERMOHONAN PEMBETULAN KESILAPAN DALAM DAFTAR PERKAHWINAN

PENERANGAN AM

Permohonan ini adalah untuk membetulkan kesilapan di dalam Daftar Perkahwinan adalah terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:

(i)         Pembetulan Kesilapan Perkeranian dan kelulusan permohonan adalah dibawah bidang kuasa Pengarah Bahagian /  Pengarah Negeri / Ketua Pejabat.

(ii)        Pembetulan Kesilapan Fakta dan kelulusan permohonan adalah dibawah bidang kuasa Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Permohonan ini hanya untuk membetulkan kesilapan yang berlaku pada masa pendaftaran perkahwinan dijalankan.
  2. Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN yang berhampiran.
  3. Hanya pemilik daftar perkahwinan sahaja yang layak memohon.
DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN
  1. Borang Pembetulan Kesilapan (JPN.KC08) dilengkapkan.
  2. MyKad ASAL dan salinan bagi warganegara.
  3. Pasport ASAL dan salinan bagi bukan warganegara.
  4. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan.
  5. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).

NOTA:

Sila kemukakan bersama Cabutan Daftar Perkahwinan sekiranya Daftar Perkahwinan ASAL telah disalut plastik (laminated), hilang atau rosak.

BAYARAN
  1. RM2.00 bagi bayaran permohonan.
  2. RM6.00 bagi bayaran kelulusan pembetulan maklumat.
BORANG

JPN.KC08

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: