Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].
Semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
Permohonan cabutan daftar perkahwinan di kaunter akan diproses dan dikeluarkan pada hari yang sama sekiranya rekod perkahwinan wujud, lengkap dan teratur dalam Sistem Pengkomputeran JPN dengan bayaran RM50.00.
Permohonan cabutan melalui pos hanya boleh dibuat bagi pemohon yang berada di luar negara dan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Permohonan akan diproses dengan syarat permohonan teratur, lengkap dan rekod perkahwinan berkenaan wujud dalam Sistem Pengkomputeran JPN.
Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam Sistem Pengkomputeran JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian rekod perkahwinan terlebih dahulu. Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja dengan bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
Pemohon yang layak memohon adalah :- a) Salah Seorang Daripada Pasangan b) Waris (Anak / Ibu Bapa / Adik-beradik kandung); i) Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan. ii) Sekiranya ibu atau bapa masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari ibu bapa atau; iii) Sekiranya ibu bapa tidak dapat dikesan, Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN untuk mengeluarkan Carian/Cabutan Daftar Perkahwinan adalah diperlukan. c)Peguam
Peguam yang mengemukakan permohonan ini bagi pihak anak guamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan No. Mykad serta menurunkan cop rasmi guaman di ruangan C Borang JPN.KC09
NOTA : Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.
Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
Permohonan melalui Kaunter : MyKAD atau Pasport ASAL bagi bukan warganegara.
Permohonan melalui Pos: Salinan MyKAD atau salinan Pasport (muka surat mengandungi maklumat diri).
Surat wakil kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :- a) Borang JPN.KC09. b) Surat Rasmi daripada pejabat peguam (ASAL). c)Surat wakil kuasa daripada pejabat peguam adalah diperlukan, sekiranya pihak peguam mewakilkan kepada orang lain untuk menguruskan permohonan carian / cabutan tersebut. d) Surat lantikan kuasa daripada salah seorang pasangan (ASAL). e) Salinan kad pengenalan peguam dan salah seorang pasangan. f) Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada). g) Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan). h) Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32). i) Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.