Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PERMOHONAN PROSIDING TRIBUNAL PERKAHWINAN DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164]

PENERANGAN AM

Tribunal Perkahwinan adalah tempat merujuk sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan seseorang yang bukan beragama Islam bagi tujuan pendamaian. Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter JPN.

SYARAT UNTUK MERUJUK KEPADA TRIBUNAL PERKAHWINAN
  1. Apabila salah seorang daripada pasangan tidak bersetuju untuk bercerai.
  2. Tempoh perkahwinan mesti melebihi 2 tahun. Jika perkahwinan kurang dari 2 tahun, permohonan tribunal boleh diterima tetapi tiada Perakuan (JPN.KC29) dikeluarkan sebaliknya permohonan akan dikeluarkan (JPN.KC28).
  3. Pasangan boleh memilih mana-mana pejabat JPN untuk merujuk permohonan tribunal atas persetujuan dan hadir bersama di kaunter dan perlu menyatakan surat persetujuan bersama semasa membuat permohonan.
  4. Jika pasangan itu tidak bersetuju dengan tempat rujukan Tribunal Perkahwinan bagi kawasan di mana mereka bermastautin atau jika mereka tinggal di kawasan berlainan, tempat rujukan Tribunal Perkahwinan adalah berdasarkan tempat tinggal terakhir bersama (Berdasarkan Seksyen 106(2), Akta 164).
  5. Pihak Peguam boleh mengambil Borang JPN.KC14 dan menghantar permohonan bagi pihak anak guam.
  6. Pihak Peguam atau wakil tidak boleh hadir atau bertindak bagi pihak anak guam dalam sesuatu prosiding tribunal perkahwinan.
    (Berdasarkan Seksyen 106(5)(c) Akta 164).
KEADAAN TIDAK PERLU MERUJUK KEPADA PROSIDING TRIBUNAL PERKAHWINAN
  1. Salah satu pasangan telah memeluk agama Islam.
  2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
  3. Pempetisyen ditinggal langsung oleh pasangannya dan dia tidak tahu di mana pasangannya berada.
  4. Responden tinggal di luar negara dan tidak mungkin masuk ke Malaysia semula dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh petisyen itu.
  5. Jika pempetisyen mengatakan bahawa responden mengidap sakit mental yang tidak dapat diubati; atau jika mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada Tribunal Perkahwinan tidak praktik.
  6. Jika responden dipenjarakan selama tempoh 5 tahun atau lebih.
  7. Jika pihak menentang itu telah dikehendaki hadir di hadapan suatu Tribunal Perkahwinan dan telah bersengaja tidak hadir.
  8. Jika Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa / terkecuali yang menyebabkan rujukan kepada suatu Tribunal Perkahwinan tidak praktikal.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
  1. Permohonan Rujukan Kepada Badan Pendamai (Borang JPN.KC14).
  2. Kad Pengenalan (ASAL dan Salinan).
  3. Pasport dan Visa yang masih sah laku (ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini di Malaysia).
  4. Dokumen sokongan seperti laporan polis sebagai bukti, jika berkaitan.
  5. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
BAYARAN
  1. RM2.00 bayaran permohonan.
  2. RM20.00 jika Perakuan Tribunal JPN.KC29 dikeluarkan.
BORANG

JPN.KC14

 

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: