Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan Isteri Kepada Warganegara

Penerangan Am

Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara.

  1. Bahawa perkahwinannya masih berterusan.
  2. Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap.
  3. Bahawa ia berkelakuan baik.
  4. Bahawa perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang -undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan.
Syarat Permohonan
  1. Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  2. Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Prosedur Permohonan

Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (asal dan salinan)
  1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak angkat (jika ada)
    • Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang bertulis di Malaysia
    • Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon
    • Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

  2. 2. DOKUMEN SUAMI (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
    • Sijil Warganegara (jika ada)
    • Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

  3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (SALINAN)
    • Kad pengenalan (jika ada)

  4. DOKUMEN ANAK ANAK (SALINAN)
    • Sijil Kelahiran (jika ada)
    • Kad Pengenalan (jika ada)

      Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Bayaran
  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).
Makluman

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Borang

Borang Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) dan; 16 Perlembagaan Persekutuan BORANG A (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: