Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas

Penerangan Am

Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dalam keadaan khas.

Syarat Permohonan
  1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  3. Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dan Para A dalam borang permohonan atau sertakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.
  4. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan.
Prosedur Permohonan

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (asal dan salinan)
  1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad Pengenalan (jika ada)
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
    • Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
    • Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

  2. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad pengenalan

  3. DOKUMEN IBU ATAU BAPA ATAU PENJAGA (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad pengenalan (jika ada)
    • Sijil Warganegara (jika ada)
    • Dokumen Perkahwinan (jika ada)
    • Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada)


      Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Bayaran
  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).
Makluman

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Borang

Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15A dan 15(2) Perlembagaan Persekutuan BORANG B (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: