Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewargaanegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Borang Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) & 16 Perlembagaan Persekutuan BORANG A (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.