Bagi mereka yang hendak mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.
Mengisi Borang O dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan.
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.