Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan Berumur 21 Tahun Atau Lebih

Penerangan Am

Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia dengan cara masukan.

Syarat Permohonan
  • Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
  • Pemohon berkelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
  • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara berumur 21 tahun ke atas, tiada talian persaudaraan, bukan orang yang diupah atau peguambela atau peguamcara dengan pemohon.
  • Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri /Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (asal dan salinan)
  1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad pengenalan.
    • Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan.
    • Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (jika ada).
    • Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

  2. DOKUMEN PENYOKONG (SALINAN)
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
    • Sijil warganegara (jika ada).

  3. DOKUMEN SUAMI, ISTERI & ANAK- ANAK (SALINAN)
    • Kad Pengenalan (jika ada).
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
    • Sijil Warganegara (jika ada)Kad Pengenalan

  4. DOKUMEN IBU BAPA DAN ADIK BERADIK (SALINAN)
    • Kad Pengenalan (jika ada)

      Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Bayaran
  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM200.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).
  3. RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang tidak berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).
Makluman

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Borang

Permohonan Warganegara Bawah Perkara 19(1)(A)(i) Perlembagaan Persekutuan BORANG C  (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: