Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kad Pengenalan Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyPR) Bukan Warganegara

Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyPR) Bukan Warganegara

Pemohon yang memegang Kad Pengenalan(MyKad) bertaraf Pemastautin Tetap hendaklah memohon gantian kad pengenalan tersebut kepada Kad Pengenalan Pemastautin Tetap(MyPR).

Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN

Pemohon dikehendaki datang ke mana-mana Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan(asal dan salinan).

  1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
    • Kad Pengenalan.
    • Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12).
    • Pasport (jika ada)
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran Permohonan Gantian Kad Pengenalan(MyPR) di Bawah Peraturan 18
(BUKAN WARGANEGARA)

Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan bayaran proses.

UmurBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Selepas 25 tahun40.0010.0050.00
Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai