Permohonan Gantian Rosak Kad Pengenalan
Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
- Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau
- Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
- Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
- Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).
- Dokumen Pemohon (Asal)
- Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
- Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
- Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
- Warganegara : RM10.00
- Bukan Warganegara : RM40.00
- Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
- Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
- Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.