Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kad Pengenalan Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT)

Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT)

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap orang yang tidak berada di Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia.

  1. Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
  2. Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja.
  3. Pemohon tidak berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun (Pasport sebagai bukti perjalanan).
  4. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  5. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

  1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
    • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara.
    • Pasport.
  2. Dokumen Sokongan
    • Pembuktian alamat perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN).

Warganegara
Jadual Pembayaran 6A

Bayaran Kad Pengenalan(MyKad) Bagi OBT

PerkaraBayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport < 30 hariPERCUMATIADA BAYARAN
30 Hari < Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport ≤ 60 hari10.0010.00

Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT) (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai