Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kad Pengenalan Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis Atau Tentera

Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis Atau Tentera

Mengikut Peraturan 3(2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap anggota polis atau tentera yang telah tamat perkhidmatan adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.

  1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kuanter JPN.
  2. Borang permohonan JPN.KP01 boleh didapati di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran yang telah diisi dengan lengkap. Sekiranya pemohon adalah pemegang kad pengenalan plastik (KPP) atau kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang kali terakhir di pegang sebelum menyertai polis/tentera.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

  1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
    1.1  Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran.
    1.2  Surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
  2. Dokumen Sokongan
    2.1  Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran PERCUMA.

Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai