Carian/Cabutan Daftar Kelahiran (Semenanjung)
Permohonan untuk mendapatkan carian/cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.
Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
- Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat yang sah).
- Suami atau isteri yang sah.
- Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri seibu/sebapa).
- Adik-beradik (termasuk adik-beradik kandung/adik-beradik angkat/adik-beradik seibu/sebapa).
- Datuk/nenek dari ibu/bapa kandung.
- Cucu kandung.
- Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM (Borang 13) / Perintah Mahkahmah.
- Firma Guaman (mewakili agensi swasta/GLC/Institusi Kewangan/lain-lain individu yang tidak berkaitan dengan pemilik dokumen).
- Badan Berkanun (agensi hendaklah memohon melalui peguam/tetuan masing-masing).
- Agensi Kerajaan.
Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 8
- Borang JPN.LM12 (kelahiran di Semenanjung)/ Borang N1 (kelahiran di Sabah)/ Borang X (kelahiran di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 9
- Borang JPN.LM12 (kelahiran di Semenanjung)/ Borang N1 (kelahiran di Sabah)/ Borang X (kelahiran di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
- Surat lantikan daripada anak guam (asal).
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
- Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).
- Sijil Amalan Guaman yang sah (asal/salinan yang disahkan oleh peguam lain.
C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 10 DAN 11
- Borang JPN.LM12 (kelahiran di Semenanjung)/ Borang N1 (kelahiran di Sabah)/ Borang X (kelahiran di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
- Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).
Fi Permohonan (Keputusan Carian Daftar Kelahiran) – RM10.00
Cabutan Daftar Kelahiran – RM5.00
- JPN.LM12
- N1
- X
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.