Carian/Cabutan Sijil Kelahiran Di Hedjaz (Semenajung)
Permohonan untuk mendapatkan carian/cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.
| Permohonan carian/cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut: 1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport. 2. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat yang sah). 3. Suami atau isteri yang sah. 4. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri). 5. Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat). 6. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM). 7. Firma Guaman (bagi waris kategori 1-6). 8. Badan Berkanun. 9. Agensi Kerajaan. |
Pemohon dikehendaki hadir di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Negeri sahaja.
A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 7
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kelahiran (asal).
• Surat lantikan daripada anak guam (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).
C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9
• Borang JPN.LMH3 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kelahiran (asal).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).
Bayaran permohonan RM2.00
- JPN.LMH3
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan