Carian/Cabutan Sijil Kelahiran Luar Negara (Semenanjung)
Permohonan untuk mendapatkan carian/cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan dari Luar Negara.
Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
- Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat yang sah).
- Suami atau isteri yang sah.
- Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri seibu/sebapa).
- Adik-beradik (termasuk adik-beradik kandung/adik-beradik angkat/adik-beradik seibu/sebapa).
- Datuk/nenek dari ibu/bapa kandung.
- Cucu kandung.
- Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM (Borang 13) / Perintah Mahkahmah.
Permohonan dikehendaki hadir di Pejabat Perwakilan Malaysia/Kedutaan Malaysia yang berhampiran di negara berkenaan.
- Borang JPN.LM12 (kelahiran di Semenanjung)/ Borang N1 (kelahiran di Sabah)/ Borang X (kelahiran di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
- Sijil Kelahiran pemohon (asal dan Salinan – jika ada)
- Surat Litup dari Pejabat Perwakilan Malaysia/Kedutaan Malaysia.
- Pasport pemohon (salinan).
- Resit bayaran cabutan sijil kelahiran berjumlah RM5.00/resit bayaran pemohonan (Keputusan Carian Daftar Kelahiran) berjumlah RM10.00.
- Pejabat Perwakilan Malaysia/Kedutaan perlu membuat pengesahan ke atas salinan dokumen yang dikemukakan sebelum menghantar dokumen tersebut ke JPN Putrajaya untuk diproses.
- Fi Permohonan (Keputusan Carian Daftar Kelahiran) – RM10.00
- Cabutan Daftar Kelahiran – RM5.00
- JPN.LM12
- N1
- X
Makluman: Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan. Sekiranya tiada borang asal, borang salinan boleh digunakan.