Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kelahiran Pendaftaran Kelahiran Biasa (Sabah)

Pendaftaran Kelahiran Biasa (Sabah)

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:
1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara
dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
  4. Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan).

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Sjil Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan).

DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);
  2. Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon) – Sekiranya alamat tempat tinggal berbeza dari alamat kad pengenalan / pemegang pasport dan dokumen bukan warganegara.

Tiada bayaran dikenakan.

  1. N1 – Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai