Pendaftaran Kelahiran Biasa (Semenanjung)
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
- Ibu atau bapa kanak-kanak itu
- Penjaga kanak-kanak itu
- Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
- Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)
Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
- Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung.
- Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon) – Sekiranya alamat tempat tinggal berbeza dari alamat kad pengenalan / pemegang pasport dan dokumen bukan warganegara.
Tiada bayaran dikenakan.
- JPN.LM01 – Daftar Kelahiran
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.