Pendaftaran Kelahiran Lambat (Sarawak)
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran kelahiran dibuat pada hari ke-15 hingga hari ke-42 selepas kelahiran kanak-kanak berlaku.
Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
- Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
- Ibu dan bapa kanak-kanak (Bagi pendaftaran anak tak sah taraf)
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
- Borang I dan Borang X (cabutan) diisi dengan lengkap;
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan).
DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);
Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon) – Sekiranya alamat tempat tinggal berbeza dari alamat kad pengenalan / pemegang pasport dan dokumen bukan warganegara.
Bayaran proses RM5.00
Borang X – Permohonan Carian/Cabutan
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.