Permohonan Carian Dalam Daftar (Sabah)
Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kelahiran dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pemaklum mestilah Ibu/Bapa/Penjaga kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
[Seksyen 13, Ordinan Sabah , Cap.123]
Pemohon perlu mengisi Borang N1 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
- Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
- Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
- Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)
Percuma
Borang N1 – Permohonan Carian/Cabutan
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.