Permohonan Daftar Semula Orang Yang Disahtaraf (Seksyen 17) (Semenanjung)
Pemohonan pendaftaran semula kelahiran bagi kanak-kanak yang tercatat Seksyen 13 dalam Sijil Kelahiran (Bukan Islam) setelah mendapat Perintah Kesahtarafan oleh Mahkamah Tinggi.
Permohonan Daftar Semula Orang Yang Disahtaraf boleh dibuat oleh Ibu atau bapa kanak-kanak.
Pendaftaran sah taraf boleh dibuat di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
2. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
3. Kad Pengenalan kanak-kanak (asal dan salinan) – jika ada.
4. Sijil Kelahiran adik-beradik (asal dan salinan) – jika ada.
5. Kad pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
6. Dokumen Perkahwinan ibubapa (asal dan salinan).
7. Perintah Mahkamah bahawa kanak-kanak telah disahtarafkan (asal dan salinan).
8. Borang Maklumat Keluarga BMK81 (asal).
- Tidak dikenakan fi jika permohonan pendaftaran dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa.
- Fi permohonan RM 50.00 dikenakan jika permohonan pendaftaran dibuat selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa.
- JPN.LM01 – Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati
- BMK81 – Borang Maklumat Keluarga
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan