Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kelahiran Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(2) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian (Semenanjung)

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(2) Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Perkeranian (Semenanjung)

Permohonan untuk membetulkan kesilapan tulis menulis yang dilakukan oleh JPN seperti kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kelahiran.

Permohonan pembetulan maklumat boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran
  2. Ibu atau bapa kandung.
  3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.

  1. Borang JPN.LM21 (asal).
  2. Borang AM 80 – Akuan Sumpah (asal).
  3. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
  4. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
  5. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).
  6. Dokumen Perkahwinan ibubapa (asal dan salinan) – jika ada.
  7. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (asal dan salinan)- jika ada.

Tiada bayaran dikenakan.

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran 

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan
Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai