Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 30 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Fakta (Sabah)
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi.
Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Fakta boleh dibuat oleh individu berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran;
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
- Dua (2) orang individu yang mengenali kanak-kanak.
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
- Borang PSB 4 dan Borang PSB 4A yang lengkap;
- Surat Akuan Sumpah;
- Borang Maklumat Keluarga BMK-81;
- Borang MyKid;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan salinan );
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
- Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
- Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
- Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan );
- Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
- Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
- Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
- Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
BMK-81 – Borang Maklumat Keluarga
JPN.MYKID01 – Borang Permohonan MyKid
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.