Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Cabutan Sijil Kematian Di Hedjaz (Semenanjung)

Cabutan Sijil Kematian Di Hedjaz (Semenanjung)

Permohonan untuk mendapatkan carian/cabutan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.

Permohonan carian / cabutan daftar kematian boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:

1. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri)
2. Suami atau isteri yang sah.
3. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri).
4. Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat).
5. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
6. Firma Guaman (bagi waris kategori 1-5).
7. Badan Berkanun.
8. Agensi Kerajaan.

Pemohon dikehendaki hadir di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Negeri sahaja.

A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5
• Borang JPN.LMH4 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).

B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 6
• Borang JPN.LMH4 yang telah lengkap diisi (asal).
• Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat lantikan daripada anak guam (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).

C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8
• Borang JPN.LMH4 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).

Bayaran permohonan RM2.00

JPN.LMH4 – Borang Cabutan Sijil Kematian Di Hedjaz 
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai